Friday, November 06, 2009

Ketika ini.....

Ketika ini....

Terasa ingin memanjatkan doa, agar Mr N menjadi nakhoda pesawat yang akan membawa ke Down Under hujung bulan ini...

Diri ini bagai ditarik-tarik untuk ke sana, tak sabar-sabar lagi untuk berjalan-jalan, lepas tension


dan juga menyambut Aidil Adha di kota P :)


Amin....

Saturday, October 24, 2009

Istikharah 231009

Saya masih keliru!!!!!





Sangat terkejut dan terganggu perasaan tatkala ini gara-gara mimpi yang saya alami malam tadi.

Saya sebenarnya solat dalam ketakutan malam jumaat yang lalu, dan saya masih tida tahu mengapa saya merasa terlalu takut ketika itu.

Untuk mengatasi rasa bersalah dan agar saya dapat menunaikan solat dengan lebih tenang, sekali lagi saya mendirikan solat istikharah pada 231009, iaitu keesokan malamnya.

Dan saya bermimpi:

Saya pergi honeymoon dengan Mr N!
Tak pernah terlintas dalam kotak fikiran saya untuk mengalami mimpi seperti itu. Saya menaiki kapal terbang merentasi lautan, dan saya dapt melihat sebuah pulau dari atas. Dalam pesawat itu, saya duduk bersebelahan Mr N dan kami menggenggam erat tangan masing-masing.

Kemudiannya saya berada di check-in counter sebuah hotel. Kami tidak membawa sebuha beg pun, dan saya lihat Mr N sedang membayar bayaran peniginapan. Kemudiannya saya bertanya kepadanya "nak duduk sini berapa malam?"
dan dia membalas, "3 malam"

Kemudiannya kami pergi ke sebuah surau bersama Mr N, akan tetapi keluar semula kerana mendapati lelaki dan perempuan terpaksa solat di satu kawasan yang sama.

Pada suatu ketika yang lain saya dan Mr N menjumpai seorang bayi, dan menyerahkan bayi tersebut kepada seorang lelaki yang lain.

Hingga ke saat ini saya masih terpinga-pinga di samping berasa gembira. Akan tetpi saya masih merasa takut, andainya petanda-petanda tersebut bukanlah perkara yang baik buat saya.

Alangkah baiknya kalau dia membaca blog ini dan memberi komen tentang perkara yang telah saya coretkan di sini.Supaya segala persoalan terjawab dan sekaligus menghilangkan segala kegusaran yang melanda diri ini sejak setahun yang lalu..

Friday, October 23, 2009

Saya mahu.....

....... tidur!!!!!


Sudah kepenatan yang amat, bekejar-kejaran attend meeting,

buat kertas soalan, layan anak-anak sepupu yang hyper, tertekan dgn facebook,

macam-macam lagi!


Tension!

Masih tak boleh tidur kerana belum print kertas soalan... tersilap print sebenarnya, jadi terpaksa print sekali lagi


Isk3....



Sabar, sabar.... Esok boleh qadha' tidur sampai ptg!!!!



Yeay!!!

Tuesday, October 20, 2009

Perkara mudah tapi sukar

Saya hanyalah seorang manusia biasa, yang punya banyak kekurangan dan kelemahan.
Terdapat perkara yang perlu saya baiki, dan ingin saya coretkan di sini sebagai peringatan diri saya sendiri supaya hari esok saya menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.

Berikut adalah perkara mudah tapi sukar untuk dilakukan oleh diri saya sendiri:

1) Pakai stokin setiap kali keluar rumah. Saya akui, adakalanya saya terasa malas untuk memakai stokin setiap kali untuk keluar rumah. Saya lebih senang berselipar atau memakai sandal sahaja

2) Siap berwudhu menunggu masuk waktu solat. Adakalanya saya terlewat, ada kalanya saya awal menunaikan solat. Masih belum mampu untuk istiqamah solat di awal waktu

3) Membaca Al-Quran setiap kali selepas solat. Kadangkala setiap kali selesai doa, terus sahaja saya lipat telekung dan pergi menonton TV! Alangkah ruginya...

Cemburu

Asalnya mahu menonton Malaysia Hari ini, akan tetapi saya tiba-tiba merasa sebak dan cemburu melihat kumpulan pertama akan berlepas ke Jeddah untuk menunaikan haji.

Saya merasa sangat cemburu...

Dan terkilan kerana selama ini motif saya menyimpan wang hanyalah un tuk perkara-perkara bersifat duniawi, dan tak pernah terlintas untuk menunaikan haji.

Azam saya sebaik mendapat gaji, menyimpan dalam tabung haji at least 5% supaya saya akan mampu untuk mengerjakan haji sebelum umur 40 tahun :)



.
.
.
.
..


dan bersama Mr N, Insya Allah

Wednesday, October 14, 2009

Dygta-Menunggu

ku tak pernah berhenti berharap
kau dan aku bersama lagi
selama jantung ini berdetak
ku kan selalu menjaga
menjaga cinta ini hanya untukmu

tahukah kamu
perasaanku hancur tanpamu
begitu dalam ku mencintaimu
menyayangimu selalu

** salahkah aku
bila ku selalu merindukanmu
meski pun perih
namun ku rela tuk menunggumu
menjaga cinta ini
hanya untukmu



* Now playing this song on repeat, coz the lyrics really relates to what I'm facing now :)

Tuesday, October 13, 2009

Cant stop smiling :)

Alhamdulillah, setelah hampir 3 minggu, barulah saya dapat kembali berbual dengan Mr N.
Walaupun hanya 5 baris ayat, sudah cukup menenangkan hati yang gundah gulana.
Saya amat gembira ketika ini :)










Sekarang barulah semangat nak buat the best for English Camp :)

Monday, October 12, 2009

Rahsia Solat Di Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.



****Sedikit renungan untuk diri sendiri, memandangkan blog ini kelihatan seperti dedikasi untuk Mr N (sedangkan sepatutnya bukan begitu). Lebih baik saya menambah baik segala kekurangan di dalam diri sendiri****