Thursday, November 17, 2005

hati yg lara..

hari ini..dengan kuasa Allah kebenaran telah terbukti di depan mata.walaupun melalui org ketiga dan aku tidak menanyakan pada enpunya diri, aku yakin X bukan untukku.
sudah terlalu lama aku hidup dalam dunia ciptaan X yang akhirnya memakan diriku sendiri.
kepercayaan sudah tidak perlu lagi kerana bagiku semuanya telah berakhir.
terlalu bodohkah aku kerana mempercayai seorang insan bernama lelaki? mujurlah tidak aku pertaruhkan kepercayaan aku itu dengan maruah. andai kata itu yang dipertaruhkan,aku pasti tiada kemaafan yg dapat ku berikan pd diriku sendiri..
hmm..
biarlah..aku memohon agar diberi kekuatan untuk tabah di hari mendatang, tidak cuba utk membalas dendam kepadanya kerana aku pasti akan datang dtg kepadaku insan yg jauh lebih baik daripada dia.
terlalu banyak yg perlu difikirkan...
biarla masa yg menentukan semuanya...

Wednesday, November 16, 2005

~My FiRsT EntRy~

Alhamdulillah..
Ini entry pertama untuk blog ini.BegTanganBiru bukanlah sehebat blogger-blogger lain, tetapi kewujudan blog ini hanyalah sebagai cara utk meluahkan apa yang terbuku di hati...;)