Tuesday, January 31, 2006

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1427H

Bergema sahaja azan maghrib semalam, menandakan kita sudah pun berada dalam tahun baru Hijrah, 1427H. Inilah tahun baru yang sepatutnya disambut oleh semua umat Islam, bukannya 1 Januari. Tidak perlu percikan bunga api, cukup sekadar kita membaca doa akhir dan awal tahun supaya tahun yang baru ini membawa seribu kebaikan buat kita semua.

1 Muharram juga membawa erti yang besar bagi saya. Tarikh ini merupakan tarikh saya dilahirakan lebih 20 tahun yang lalu. Azam tahun baru? rasanya tiada yang specific, cuma mengharapkan kehidupan yang lebih baik, belajar daripada kesilapan yang lalu dan saya ingin berjaya dalam pelajaran...Saya doakan semua pun begitu juga..Insya Allah

Friday, January 20, 2006

maaf

harap maaf..buat masa ini saya terpaksa mengumpul beberapa entri, kemudian barulah berkesempatan untuk publish post yg ada. Kemudahan wireless internet yang telah dihentikan di maktab mamaksa saya untuk ke cc, tetapi hanya seminggu sekali yang saya terdaya...;)

maaf

harap maaf..buat masa ini saya terpaksa mengumpul beberapa entri, kemudian barulah berkesempatan untuk publish post yg ada. Kemudahan wireless internet yang telah dihentikan di maktab mamaksa saya untuk ke cc, tetapi hanya seminggu sekali yang saya terdaya...;)

~telekung~

Saya punya beberapa pasang telekung. Satu untuk digunakan di maktab. sepasang lagi untuk kegunaan di rumah. Apabila tiba Hari Raya, seringkali saya lihat apabila umat Islam menunaikan solat sunat Aidil Fitri ataupun Aidil Adha, muslimat umumnya berebut-rebut untuk memperagakan telekung yang paling cantik.
Semuanya ingin memakai telekung yang paling berwarna warni, paling banyak renda, paling banyak sulamnya. pernah saya lihat telekung seorang makcik yang kebetulan menunaikan solat terawih sangat penuh dengan sulam hingga hampir tidak kelihatan warna putih telekung tersebut.
Bagi saya tidaklah salah untuk memakai telekung yang cantik-canntik apabila hendak bersolat, akan tetapi sentiasalah pakai telekung yang cantik apabila bersolat di masjid, surau mahupun di rumah. Malam tadi setelah selesai bacaan yasin di suarau, ramai yang menegur 'Cantik telekung?'

Saya hanya mampu tersenyum. Namun hati bertanya, "Salahkah kalau aku berhias untuk menghadapNya? Salahkah aku berhabis beberapa puluh ringgit sebagai persiapan, sebagai pakaian semasa saya menunaikan kewajipan kepada Allah, Pencipta saya?"
Sebenarnya ini terpulang kepada individu, cuma saya kurang berkenan kalau di rumah hamya mampu memakai telekung yang lusuh, yang hampir mampu menampakkan warna kulit? Sila rujuk balik syarat sah solat: menutup aurat (termasuk juga mamakai pakaian yang tidak menampakkan warna kulit)

Di shoopping complex pula, kebnyakan telekung yang disediakan di surau amatlah dhaif, hinggakan kadang rasa jijik hendak memakainya. Kalau kita sendiri merasa jijik,agak-agaknya bagaimana pula Allah akan menerima ibadah kita. bukan ibadah sunat yang jadi persoalan ketika ini, tetapi SOLAT!
Bagi saya, tidak mengapa memakai telekung yang mahal/lawa, asalkan tidak menimbulkan riak kpd diri.
Bagaimana dengan telekung anda?

p/s: cukup kecewa dgn jemaah yang bersolat di sebelah saya mlm td. imam masih berzikir(belum sempat pun berdoa) tangan sudah terkial-kial menaip sms. semasa bacaan yasin pun begitu juga.GERAM!

tipu

15/1/2006 15 Zulhijjah 1426

Tipu.
Pernah anda ditipu?
Ataupun anda pernah menipu?
Ada yang mengatakan menipu adalah perlu,bergantung kepada situasi.Tipu sunat katanya, kalau yang moden sikit akan mengatakannya 'white lies'.
Saya percaya tiada siapa yang suka dirinya ditipu. Akan tetapi kadangkala kita mengharapkan orang lain tidak menipu kita, tanpa menyedari kita sebenarnya yang menipu orang lain. Kadangkala kita menipu diri kita sendiri. Berlaku tidak adil kepada diri sendiri. Atau kata lainnya hipokrit.
Saya bukanlah orangnya yang pandai menipu orang lain. Tidak juga mengatakan yang saya tidak pernah menipu orang lain.
Terutama sekali apabila berchatting. Saya akui saya seorang yang ketagih dengan IRC sejak tahun 2002 lagi. Bagi saya adalah menjadi keperluan untuk melindungi identiti sebenar saya. Oleh yang demikian, saya sering ‘menipu’ mereka yang chat dengan saya.
Dalam dunia realiti, saya tidak suka menipu. Akan tetapi saya pernah ditipu bebrapa kali.
Kalau ianya sekadar gurauan atau benda-benda yang remeh-temeh, saya tidak kisah.
Tetapi saya pernah ditipu tentang hati, tentang perasaan. Peristiwa sebegini membuatkan hati saya terluka, membuat saya serik dan acapkali membuatkan saya berdendam dengan orang yang menipu saya.
Dendam saya bukanlah untuk dibalas, tetapi sebagai ingatan kepada diri sendiri agar berwaspada dan untuk tidak lagi meletak kepercayaan kepada orang tersebut.
Saya lebih rela dihadapkan dengan kenyataan yang menyakitkan daripada ditipu kemudian mendapat tahu perkara sebenar daripada orang lain.
Walau bagaimanapun, ada baiknya jika pernah ditipu. Perkara sebegini akan mengajar kita supaya lebih berhati-hati agar tidak “terkena’ lagi di masa hadapan. Ia juga membuatkan kita lebih tabah menghadapi hari-hari seterusnya.
Bagi yang suka menipu atau pun ‘kelentong’, satu sahaja yang ingin saya ingatkan di sini.
What you give you get back!

Saturday, January 14, 2006

new semester..

This is the second week of my new semester.
I'm required to take 6 subjects this semester. Only 1 subject related to English Language, the others are education subjects.
Classroom management, Methodology, Structures of English(grammar actually), Educational Psychology, TITAS and Kenegaraan.
I love Grammar, and as long as i do enough practice, I'm confident that I will score in that particular subject especially for coursework.
Educational Psychology and Methodology sounds new, but actually it was all about memorizing the facts and apply them on the exam paper.
What I'm worried now is for the subject Kenegaraan and TITAS.
I'm not interested in History!It scares me just to think about History.
And now I will have to face the fact I have no way to escape from learning History..
huhu..
All I hope for this semester is to study harder in those two subjects so that it will not pull down my CGPA..
Pray for me!

......

nie entry yang sepatutnya saya post enam bulan yang lepas..;)anyway i would like to publish this for the sake of my memory and life experience..
saya pernah menyayangi seseorang.seseorang yang tidak pernah saya jumpa.sampai sekarang saya masih rindukannya...
saya bagaikan telah dipukau olehnya, tidak peduli dengan kesilapan yang telah dilakukannya berulang kali.walaupun kesilapan itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dimaafkan jika ianya dilakukan oleh orang lain.
tetapi dengan hamba Allah yang seseorang ini, walaupun sebesar mana kesilapan yang telah dilakukan semudah itu jugalah hati saya akan memaafkannya.seolah-olah dengan satu ucapan 'saya minta maaf', kesilapan itu terus dibawa oleh angin lalu.kini kami hanya berkawan, hanya kawan biasa.tetapi rasa rindu itu tetap ada, kerana rasa sayang saya kepadanya bukannya disemai dalam sehari dua sahaja.
satu tahun.
365 hari.
malah lebih dari itu.
kini saya masih rindu padanya..tetapi dia semakin menjauhkan diri.
mungkin rasa bersalah terhadap saya..
saya semakin sedih..
kerana selalunya saya mengadu kepadanya tentang pelbagai perkara.saya semakin tertekan dengan situasi ini..
saya amat merinduinya tetapi perlu 'berlakon' sebagai seorang rakan yang baik.
mungkin dia telah menemui orang lain dan saya hanyalah kenangan baginya..

p/s mcm jiwang sangatla pulak..huhu..

Tuesday, January 10, 2006

malas..

hmm..
esok saya akan kembali ke pulau mutiara..
meneruskan perjuangan menuntut ilmu..
entah kenapa terasa malas untuk pulang ke sana..
mungkin kerana penggilan telefon yg dibuat tengah hari td sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi.
padan muka!
terasa sesal pun ada kerana saya tidak sepatutnya menelefon nya lagi.
inilah jadinya kalau buat sesuatu tanpa memikirkan pro dan kontra..
saya amat berharap perasaan sebegini tidak akan timbul lagi selepas saya pulang ke sana..
kerana sesungguhnya sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk saya memungkiri janji yang telah dibuat pada diri sendiri..;)

Monday, January 09, 2006

labbaikallahummalabbaik...

selamat menyambut hari raya aidil adha...
kalau hari raya aidil fitri yang disambut setiap tahun, semakin terasa kurang meriah bagi saya, akan tetapi hari raya korban ini terasa sebaliknya.
mungkin dengan pengalaman dan usia yang mematangkan manusia untuk lebih memahami erti pengorbanan dan hikmah di sebalik sambutan hari mulia ini.

saya juga mendoakan agar semua jemaah haji yang menunaikan rukun Islam yang kelima ini mendapat haji yang mabrur.ada yang selamat pergi dan selamat kembali, akan tetapi bg saya biarlah selamat pergi, kembali atau tidak ke tanah air tidak penting lagi..;)

takziah juga buat keluarga jemaah Malaysia yang terkorban dalam runtuhan di Makkatul Mukarramah. Mungkin ini pengorbanan terbesar bagi keempat-empat jemaah tersebut dan semoga mereka mendapat jannahNya.
Al-Fatihah.