lebih kulit dari kain
petang tadi jadi chaperone menghantar ummi dan adik buat IC.
Kebetulan pejabat pendaftaran dekat dengan tabung haji, jadi ummi pun singgah untuk keluarkan duit. Sementara menunggu giliran, sempat juga memerhati orang lain yang ada di situ. Bagi saya untuk berurusan di tabung haji perlulah berpakaian yang sopan dan tidak menjolok mata. Ada seorang gadis yang tidak bertudung, tetapi pakaiannya biasa sahaja.Baju yang dipakainya pun berlengan panjang.
Apa yang menarik perhatian ialah seorang lagi gadis yang bertudung, tapi mcm ada yang tak kena dengan pakaiannya. Lengan bajunya terlalu pendek, kalau boleh diukur hanya setengah inci sahaja lebih dari kesan suntikan BCG (kalau itu boleh dijadikan ukuran). Kalau dari paras bahu bolehlah dikatakan x sampai pun sejengkal lengannya itu. dan yang lebih menggelikan hati tudung yang dipakinya lebih labuh daripada lengan bajunya.
Dalam hati saya tertanya-tanya juga, dia tak perasan ke yang tudungnya itu lebih labuh daripada lengan bajunya? Tidakkah dia melihat cerminyya terlebih dahulu sebelum dia keluar. Saya bukanlah bermaksud untuk menyuruh dia memakai tudung yang lebih pendek, akan tetapi niat baiknya untuk memakai tudung yang besar amatlah tidak kena dengan baju yang berlengan extra pendek itu. Musykil saya dibuatnya...
Sekali pandang, lebih banyak 'kulit' yang kelihatan berbanding kain. isk isk isk, Tak lawa la macam tu...