Friday, October 10, 2008

istikharah part 2

Alhamdulillah,

Saya masih berkesempatan untuk menulis pada hari ini, 10 Syawal 1429. Sudah 9 hari Ramadhan meninggalkan kita semua. Dan saya masih begini, agak keliru tentang sesuatu yang telah agak lama saya fikirkan.


Istikharah telah pun saya lakukan, akan tetapi saya masih tidak tau apa keputusan yang patut saya buat. Dari beberapa istikharah yang saya lakukan, terdapat beberapa perkara yang saya mimpikan, dan semuanya berbeza!. Berikut adalah yang muncul dalam mimpi saya:

1) Mr N. Saya berjalan menuju ke arahnya. Dia pula memakai sut dan memakai nametag menunjukkan namanya. Akan tetapi dia menghisap rokok, ini agak membuat saya muyskil

2) Kapal terbang. 2 kali saya bermimpi tentang perkara ini. Satu tidak berapa jelas, akan tetapi dalam satu lagi mimpi saya melihat satu kapal terbang dengan logo MAS jatuh di hadapan rumah. Pada waktu itu seolah-olah saya berada di rumah nenek, dan kapal terbang itu seolah terpacak di rumah jiran hadapan rumah nenek.

3) Kubur. Dalam mimpi itu saya mendapat tahu bahawa ada 2 orang dari kalangan saudara saya meninggal dunia. Intention saya untk ziarah, akan tetapi seolah-olah saya berada dalam kawasan perkuburan yang sangat luas, dan saya tak berjumpa dengan kubur saudara saya itu. Saya cuba untk keluar akan tetapi saya ditemukan dgn kawasan perkuburan yang lebih luas lagi.
Saya merasa sgt takut dan akhirnya terbangun.

4) Ummi dan adik-adik saya. Beberapa kali saya mimpikan mereka, seolah olah memberi alamat yang saya perlu menjaga mereka terlebih dahulu sebelum memikirkan perkara lain. Satu mimpi yang jelas ialah Ummi, saya dan adik-adik berada di airport dan saya merasakan bahawa saya akan ditinggalkan di airport itu dan mereka akan manaiki kapal terbang. Seolah-olah kapal terbang itu akan membawa mereka ke syurga, dan saya tidak cukup amalan dan tidak layak untuk menaiki 'kenderaan' untuk ke Jannah. Sekali lagi saya melihat kapal terbang degan logo MAS, tetapi bentuk kapal terbang itu sangat futuristik dan saya sangat kagum pada ketika itu.

Yang lebih mengelirukan saya ialah niat saya ketika istikharah selama saya bermimpi perkara-perkara di atas hanya satu: samada Mr N itu baik untuk saya atau pun tidak. Apa kaitan perkara yang lain tadi dengan Mr N? Dan apa maksud semua perkara yang muncul dalam mimpi saya? Sehingga ini saya masih lagi keliru....







dan saya perlukan jawapan.....