email yang tidak terhantar (tangan ini tak mampu utk klik butang 'send')
Assalamualaikum w.b.t
Awak apa khabar? Saya doakan agar awak sentiasa berada di dalam lindungan Allah s.w.t
Alhamdulillah, saya telah pun memulakan praktikum saya di sini sejak minggu lepas. Agak tertekan rasanya, kerana pelajar-pelajar datang daripada pelbagai latarbelakang dan proficiency level yang berbeza.
Bagaimana ya agaknya untuk saya terus bertahan selama 8 minggu lagi? Saya masih terkejut dengan persekitaran sekolah dan perlu membiasakan diri untuk mengawal kelas. Di samping itu saya juga perlu mengajar dan deliver segala lesson plan yang telah saya sediakan. Pening juga dibuatnya.
Selama ini saya menyangkakan menjadi guru itu semudah mengajar adik-adik saya membuat homework atau tuisyen, namun realitinya tidak. Tambahan pula saya mengajar subjek Bahasa Inggeris, dan pelajar-pelajar kebanyakannya tidak menyukai subjek itu.
Seawal minggu kedua lagi saya mula merasa putus asa, tapi saya teringat kata-kata awak "sesungguhnya hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya" dan itu membuat saya bangkit dan mengutip kudrat yang tinggal untuk membuat yang terbaik untuk sesi praktikal kali ini.
Andainya email ini mampu untuk saya hantar,
Ingin sahaja saya mengadu tentang segala mimpi dan alamat mahupun istikharah yang saya mohon selama ini.
Maafkan saya, tetapi sesungguhnya saya merasa amat tenang pada ketika ini dan yakin dengan ketetapan hati yang Allah berikan.
Saya memohon kepadaNya saban waktu agar sentiasa ditetapkan hati dan diberikan ketenangan untuk melawan perasaaan gundah gulana saya beberapa bulan kebelakangan.
Dan andainya doa saya diperkenankan oleh Allah, sayalah orang yang paling gembira pada ketika itu.
Andainya itu juga yang dirasakan, saya mohon agar istikharah dilakukan agar sentiasa mendapat petunjuk dari Allah s.w.t.
Sesungguhnya hanya Dia yang mengetahui segala apa yang tersirat di dalam hati-hati kita semua.
Maafkan saya kerana terlalu sering view profile friendster untuk kesekian kali,
maafkan saya andai terlalu kerap menungguawak online di Yahoo Messenger
maafkan saya kerana terlalu sering tidak mampu menahan air mata setiap kali sujud istikharah memohon petunjuk mengenai perihal ini.
Maafkan saya kerana menjadikan awak sebagai orang yang bertanggungjawab memberi semangat ketika saya putus asa atas pelbagai perkara
Maafkan saya kerana kerap makan di Hammer Bay semata-mata untuk melihat kapal terbang berlepas, kerana hanya itu yang mampu mengingatkan tentang awak dan meredakan gundah gulana di hati ini.
Dan saya akan tetap menunggu...
p/s Sampaikan salam saya kepada Nurs_____, katakan saya sangat gembira melihat gambarnya yang sangat comel :)