Sementara melayan kekecewaan kerana Mr N (ya, dia memilih untuk mendiamkan diri dan saya kini tidak berdaya untuk mengharap apa-apa lagi).
Lebih baik saya melayan angan-angan saya untuk melengkapkan shopping list tentang perkara yang akan saya beli sebaik menerima gaji pertama nanti:
1) Kereta! (sedang berkira-kira untuk membeli saga atau Myvi)
2) Designer handbag (tak perlu sebenarnya, lebih kepada untuk memuaskan hati)
3) hadiah birthday tertunggak untuk semua orang yang rapat dengan saya
4) Bayar hutang kad kredit
5) Book tiket untuk bercuti dan bersuka ria
6) beli perabot baru untuk living hall rumah
7) Kalau ada duit lebih, TV baru!
8) Kasut crocs, kasut charles and keith, kasut hush puppies, selipar dan segala-gala yang bernama kasut :)
9) Simpan duit dlm ASB, Tabung Haji (kalau boleh nak buat ASB OD, tu pun kalau mampu)
10) Daftar Haji
11) Belanja cikgu-cikgu makan bila dah naik sekolah
12) Allocate duit sikit untuk teaching aids
13) Bagi duit pada Ummi, Buya and Mak Uteh (Ya Rabbi, dah no 13 baru teringat pasal ni. Apa punya anak daaa...)
Tu je setakat ni,
kalau ikutkan hati memang nak beli Vios+beli handbag LV+sign course Clarins+beli mekap MAC segala, sebab bukannya saya berputus asa untuk memohon kepada Allah.
Sebaliknya saya tidak mampu untuk mendera hati dan perasaan sendiri. Biarlah masa yang akan menentukannya, dan saya akan redha dengan ketetapanNya